Pengarah Urusan Kumpulannya, Tan Sri Lim Hock San berkata, sumbangan serta peranan media selama lebih 25 tahun kewujudan LBS Bina Group, ternyata membantu pengoperasian dan perkembangan dalam perniagaan yang diuruskan.

“Hubungan erat terjalin dengan media selama ini, ternyata membantu kami memahami tuntutan semasa pasaran dan menjadi penjalin hubung antara perniagaan kami dengan pelanggan.

“Jadi malam ini adalah majlis khas yang kami anjurkan bagi menghargai jasa pengamal media sama ada cetak atau media elektronik,” katanya dalam majlis Penghargaan Media Tahun 2018 di sebuah pusat membeli-belah, di sini malam tadi.

Selain dihadiri kenalan perniagaan, majlis tersebut turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran lebih 181 pengamal media daripada pelbagai agensi. - UTUSAN ONLINE