Majlis penerimaan obor KL2017 dari Terengganu disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar kepada wakil kerajaan negeri, Datuk Zaili Besar yang juga ADUN Panching.


Zaili mewakili Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Datuk Mohd. Johari Hussain.


Penyerahan obor itu berlangsung di pekarangan Masjid Chendor di sempadan Kuantan-Kemaman dekat sini.


Larian obor selama tujuh hari di negeri ini yang bermula hari ini akan melalui lima daerah sebelum berakhir di Bentong pada 30 Julai ini untuk diserahkan kepada wakil negeri Selangor. - UTUSAN ONLINE