Acara anjuran UDA Holdings Berhad (UDA Holdings) itu melibatkan laluan 21 kilometer, 12 kilometer dan lima kilometer (Fun Run).

Pertandingan tersebut antaranya menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM1,200 bagi johan kategori 21 kilometer, RM1,000 (12 kilometer) dan RM500 (lima kilometer).

Pengerusi UDA Holdings, Datuk Seri Dr. Mohd. Shafei Abdullah berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

“Penganjuran acara ini sebagai antara usaha meneruskan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) kami sekali gus membantu mempromosikan bandar ini sebagai destinasi pelancongan sempena Tahun Melawat Pahang 2017,” katanya dalam sidang akhbar di Hotel Ancasa Royale Pekan, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE