Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, pihak yang mengamalkan polisi sedemikian ternyata tidak bertanggungjawab kerana melanggar Perlembagaan negara.


“Datang ke negara orang, hormat, kena ikut.


“Ini satu bentuk diskriminasi. Tidak boleh diskriminasi atas alasan apa pun,” katanya.


Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar sempena majlis prapelancaran Festival Kraf Antarabangsa Kuala Lumpur (KLICF) 2017 di bangunan Parlimen di sini, hari ini. - UTUSAN ONLINE