Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, siasatan terperinci kini sedang dijalankan di bawah Badan Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) bagi mengetahui punca berlakunya insiden berkenaan.

“BSKU akan terus melaporkan perkembangan siasatan kepada saya. Kita tidak boleh buat apa- apa keputusan lagi buat masa ini.

“Selain pihak kami, ada agensi lain yang turut menjalankan siasatan. Kita akan melihat insiden ini dengan lebih teliti, segala keputusan bergantung kepada laporan insiden,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen hari ini. - UTUSAN ONLINE