Laporan polis tersebut dibuat kira-kira pukul 1. 30 petang oleh Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) dan Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM) di Ibu pejabat Polis Dang Wangi.

Presiden MJMM, Abdul Rani Kulup Abdullah berkata, perbuatan menghina YDPA Agong semakin berleluasa sekarang terutamanya di laman sosial.

"Mereka seolah-olah tidak takut dan menerusi laporan polis ini, kita mahu tindakan segera diambil supaya dapat memberi pengajaran kepada yang lain," katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis, di sini hari ini.

Terdahulu, komen individu yang menggunakan nama Eric Liew itu dibuat dalam satu hantaran di Facebook di berbunyi 'Too busy fornicating with his new bride' (Terlalu sibuk 'bercengkerama' bersama dengan isteri baharunya).

Komen yang disifatkan sebagai menghina itu kemudiannya tular di media sosial dan mendapat kritikan hebat daripada warganet.

Sementara itu, Pengerusi IRIMM, Amir Amsaa Alla Pitchay berkata, perlu ada garis panduan berkenaan dengan isu menghina Agong supaya tidak berulang. - UTUSAN ONLINE