Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Laporan khas, pendedahan Utusan Malaysia diiktiraf

MPI
Pengarah Urusan Kumpulan Utusan, Datuk Mohd. Noordin Abbas (lima dari kiri) dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak (kiri) bergambar bersama para pemenang Utusan pada majlis Malam Wartawan Malaysia dan Hadiah Kewartawanan Malaysia (MPI) PETRONAS 2016 di Hotel Shangri-la di sini, hari ini. Turut sama, Penolong Ketua Pengarang Utusan, Datuk Hassan Mohd. Noor (dua dari kanan) dan Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Othman Mohamad (tiga dari kanan).-UTUSAN/FARIZ RUSADIO

KUALA LUMPUR 21 April - Beberapa karya penulisan serta pemberitaan oleh wartawan Utusan Malaysia mendapat pengiktirafan oleh para pemain industri pada majlis Malam Wartawan Malaysia 2017 (MWM 2017) anjuran Institut Akhbar Malaysia (MPI), malam ini.

Antaranya ialah laporan bertajuk Penganugerahan dan penerimaan gelaran palsu yang dilaporkan oleh Penolong Pengarang Utusan Malaysia, Zulkiflee Bakar bersama Penolong Ketua Meja Jenayah, Mohammad Yasir Jaafar, selain Wartawan Meja Jenayah, Maszureen Hadzman yang diisytiharkan sebagai Pemenang Bersama Kategori Hadiah Wartawan Muda A. Samad Ismail.

Karya Pengarang Berita Utusan Malaysia Saiful Haizan Hasam bertajuk Perhambaan dunia moden terhadap pekerja haram Malaysia di ladang-ladang Australia berjaya memenangi hadiah sagu hati bagi kategori Kewartawanan Penyiasatan Cemerlang sementara Ketua Unit Meja Sains dan Teknologi Utusan Malaysia, Laupa Junus berjaya memenangi Kategori Penulisan Rencana Cemerlang menerusi penulisanya mengenai teknologi bantu mangsa banjir, teknologi bantu Orang Asli dan Teknologi satelit cari ikan.

Kesemua mereka berjaya menerima hadiah berbentuk wang tunai, trofi dan sijil mengikut kategori masing-masing di dalam Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI PETRONAS 2016.-UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain