Skim kawalan harga yang berkuat kuasa bermula hari ini sehingga 22 Oktober hadapan diharap mampu menangani kos sara hidup pengguna sekali gus berupaya mencegah kenaikan harga barang yang keterlaluan.

Pengarah Bahagian Penguatkuasaan KPDNKK, Datuk Mohd. Roslan Mahayudin berkata, senarai harga 16 barang-barang kawalan sempena musim perayaan ini telah disebarkan di pelbagai medium dan diharap orang ramai peka mengenainya.

"Cara mudah untuk mengenal pasti sama ada barangan itu termasuk dalam kawalan harga atau tidak adalah melalui tanda merah berwarna merah jambu dan peniaga diingatkan untuk tidak sesekali jual barangan tersebut memenuhi harga siling yang ditetapkan," katanya di sini hari ini selepas membuat pemantauan harga barang di Matahari Mall, Taman Datuk Harun, dekat sini. - UTUSAN ONLINE