Hishammuddin Tun Hussein

Hishammuddin berkata, dalam mesyuarat yang julung kalinya diadakan melibatkan ketiga-ketiga negara berjiran di Manila, Filipina baru-baru ini, Malaysia diwakili oleh Ketua Pe­ngarah Perisikan Pertahanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Pengarah Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Katanya, mesyuarat berkenaan diadakan susulan pertemuan wakil ketiga-tiga negara sewaktu menghadiri Persidangan Trilateral Meeting On Security Among The Philippines, Indonesia and Malaysia pada bulan lalu.

Hishammuddin dalam kenyataannya di sini hari ini berkata, semasa me­syu­arat tersebut, ketiga-tiga negara turut bersetuju agar perbincangan dan perjumpaan antara wakil dari setiap negara mesti dilaksanakan setiap tiga bulan mengikut giliran dan Malaysia dilantik sebagai penganjur bagi persidangan kedua yang dijangka berlangsung pada Oktober ini. – BERNAMA