Tuan Ibrahim Tuan Man

Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata, hasrat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low untuk mewujudkan jabatan ber­kenaan dipersoalkan memandang­kan alasan yang dikemukakan amat tidak jelas apabila mengaitkan tujuan penubuhan­nya dengan program transformasi kerajaan dalam membantu membasmi rasuah.

“Sekiranya kerajaan mempunyai peruntukan yang lebih, Pas mencadangkan adalah lebih bermanfaat untuk disalurkan bagi penambahan peruntukan dan kakitangan SPRM sebagai sebuah agensi utama bagi mencegah jenayah rasuah dalam negara.

“Apapun, Pas melihat cada­ngan penubuhan JITN yang dipersetujui Kabinet untuk mengawal SPRM merupakan satu langkah undur ke belakang di dalam usaha membebaskan SPRM sebagai sebuah badan yang benar-benar bebas,” katanya dalam satu ke­nyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim mencadangkan menteri ber­kenaan agar memberikan fokus untuk menggesa Kabinet supaya bersetuju mempercepatkan penggubalan Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik.

Menurutnya, akta tersebut ada­lah jauh lebih baik daripada penubuhan JITN dalam usaha membasmi rasuah di negara ini.