Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Langkah pulihkan Cameron Highlands

Ahmad Zahid Hamidi bersama Adnan Yaakob  diberi penerangan oleh
Ahmad Zahid Hamidi bersama Adnan Yaakob diberi penerangan oleh seorang pegawai Jabatan Mineral dan Geosains mengenai hakisan tanah ketika tinjauan di Kampung Sungai Tiang, Lembah Bertam, Cameron Highlands, Pahang, semalam. utusan/Kamal Basir Wahab

CAMERON HIGHLANDS 19 Mei - Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tertinggi (HLC) Tindakan Pemulihan Cameron Highlands kali ke­dua yang dipengerusikan bersama oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob hari ini memutuskan beberapa langkah proaktif diambil demi kepentingan pengusaha dan penduduk di sini.

Ahmad Zahid berkata, kerjasama pintar antara kerajaan Persekutuan dan negeri antara lain memutuskan untuk memberikan peranan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebagai agensi peneraju dalam melakukan pemantauan selain Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Cameron Highlands serta agensi-agensi yang terlibat.

Menurut beliau, pemantau­an akan dilakukan secara ber­kala bagi menentukan tiada pencerobohan haram dilakukan sehingga mengakibatkan haki­san yang membawa kepada banjir luar biasa serta kemusnahan alam sekitar.

Selain itu katanya, mesyuarat juga telah memutuskan supaya PDT membuat semakan dan penilaian semula terhadap lebih 600 permohonan lesen pendudukan sementara (LPS) yang telah ditolak dengan ditentukan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang melalui pertimbangan ekonomi dan kemanusiaan.

“Kita juga memutuskan Ja­batan Imigresen untuk mengeluarkan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) dan E-Kad kepada semua pekerja di Cameron Highlands serta melakukan usaha untuk mengesahkan mereka sebagai pekerja.

“Jika terdapat pekerja yang tidak mempunyai dokumen, Jabatan Imigresen dan majikan akan mendapatkannya daripada pihak kedutaan atau Pejabat Pesuruhjaya negara asal mereka.

“Langkah ini bagi membantu majikan dan kita akan tetapkan tempoh tertentu. Namun, kita harapkan majikan akan lebih bertanggungjawab serta tidak menidakkan usaha dilakukan oleh kerajaan bagi memberikan permit kepada mereka yang telah tamat tempoh dan tidak disahkan keberadaannya,” katanya.

Beliau berkata demikian ke­pada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat ter­sebut di Bilik Gerakan PDT Cameron Highlands di sini hari ini. Hadir sama Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Ir. Dr. Hamim Samuri dan Ketua Pengarah MKN, Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin.

Ahmad Zahid berkata, me­syua­rat juga memutuskan supaya Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mempercepatkan program gotong-royong di Cameron Highlands bagi mempergiat usaha pembersihan de­ngan penglibatan jabatan lain, masyarakat setempat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Beliau berkata, perkara itu berikutan terdapat banyak barang buangan yang akhirnya menyumbatkan saliran air sekali gus boleh membawa kepada banjir kilat.

Selain itu kata Ahmad Zahid, suatu persetujuan telah dicapai bagi menangani permasalahan 13 buah rumah melibatkan 28 keluarga di Sungai Tiang untuk dipindahkan ke penempatan baharu di kawasan yang telah dikenal pasti.

Menurut beliau, langkah tersebut merangkumi projek mitigasi Sungai Tiang yang telah dilaksana termasuk lereng bukit yang terjejas dengan penyediaan peruntukan bagi tujuan baik pulih.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain