Jumlah itu menunjukkan pe­ningkatan berbanding tahun 2016 yang hanya mencatatkan seba­nyak 263 kematian penunggang motosikal dan 287 lagi cedera kerana kesalahan yang sama.

Sumber Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman berkata, kesalahan melanggar lampu isyarat terus berlaku kerana sifat berani ‘mati’ golongan ini yang tidak sayangkan nyawa mereka.

“Walaupun pelbagai usaha serta tindakan undang-undang telah diambil bagi menyedarkan bahayanya perbuatan tersebut namun penunggang-penunggang motosikal masih berdegil,” kata­nya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sumber itu memberitahu, kemalangan maut membabitkan pemandu kenderaan serta penunggang motosikal untuk pelbagai kesalahan meningkat kepada 15,314 bagi tempoh tujuh bulan berbanding tahun lalu iaitu 13,376.

Tambahnya, antaranya ialah cuai ketika keluar simpang, memandu secara cuai, memandu secara berbahaya, memotong secara berbahaya, memandu laju dan lain-lain.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan perbuatan melanggar lampu isyarat berwarna merah melibatkan penunggang motosikal semakin berleluasa sehingga tindakan yang dianggap berlagak berani itu mengundang padah serta mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain.

Laporan itu turut memetik kenyataan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) yang motosikal menca­tatkan lebih 60 peratus kematian di jalan raya dan kadar kemala­ngan maut paling tinggi melibatkan orang muda berumur antara 16 hingga 25 tahun, majoriti mereka menunggang motosikal.