Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dalam satu kenyataan memaklumkan, landasan itu dibuka 30 minit lebih awal berbanding perancangan awal iaitu pada 4 petang.

"Namun para penumpang adalah dinasihatkan untuk memeriksa jadual penerbangan dengan syarikat penerbangan masing-masing.

"Pada masa sama, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pasukan lapangan terbang yang menguruskan situasi dengan baik," kata kenyataan itu hari ini.

MAHB sebelum itu memaklumkan, landasan ketiga KLIA ditutup sementara bermula dari pukul 10.30 pagi sehingga 4 petang untuk kerja-kerja penyelengaraan. - UTUSAN ONLINE