Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, elemen baharu itu turut meliputi perkhidmatan intervensi awal dan prasekolah khas kepada kanak-kanak autisme di samping maklumat berkaitan Pusat Permata Kurnia, laman web Permata Kurnia, iKurnia Asas Autisme, iKurnia LIVE, dan Pusat iKurnia Asas Intervensi.

"Objektif utama kita adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta program dan masyarakat tentang Permata Kurnia selain membolehkan maklumat itu diperoleh secara digital.

"Kita juga mahu masyarakat sedar tentang kepentingan intervensi dan pendidikan awal kepada kanak-kanak autisme," katanya dalam ucapan sempena Pelancaran Laman Web MIND dengan kandungan Permata Kurnia di sini hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Lembaga Pentadbir Bangunan Bakti Siti Hasmah, Toh Puan Dr. Aishah Ong; Setiausaha Bahagian Permata, Datuk Saidatu Akhma Hassan dan Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, Dr. Salimah Othman.

Tambah Rosmah, laman web MIND sentiasa dikemas kini dan dirombak untuk penambahbaikkan isi kandungnya sejajar dengan perkembangan teknologi digital.

Difahamkan, penambahbaikkan itu merupakan usahasama antara Projek Bakti MIND dan Permata Kurnia. - UTUSAN ONLINE