Perdana Menteri berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa memastikan masyarakat Orang Asli tidak ketinggalan dan terpinggir daripada pembangunan arus perdana.

“Justeru, apa yang dilakukan mesti bukan sahaja bersifat inklusif dalam erti kata semua orang mesti terangkum dalam program yang dapat kita laksanakan.

“Kita juga memastikan program kita berkesan dan boleh ubah masa depan kumpulan sasaran termasuk masyarakat Orang Asli,” katanya pada majlis ramah mesra dan minum petang bersama masyarakat Orang Asli Parlimen Pekan di Kampung Menchupu di sini, hari ini.

Yang turut hadir Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Manis, Datuk Khairuddin Mahmud. - UTUSAN ONLINE