Malah lebih menarik dia turut tidak lokek menjawab setiap persolan

Pengikutnya di Twitter yang kini mencecah 25 juta.

Antara jawapan yang mendapat perhatian ramai adalah jumlah kenaikan berat badannya sepanjang bergelar ibu hamil.

Kongsi Kylie, dia melalui tempoh yang indah selama sembilan bulan walaupun berat badanya naik sehingga 18 kilogram.

Bagaimanapun selepas beberapa jam

Kylie memadamkan Tweet berkenaan berat badannya.

Selain itu Kylie turut mengakui dia sebenarnya terkejut melahirkan seorang anak perempuan memandangkan pada mulanya dia yakin sedang mengandungkan bayi lelaki.

Sementara itu Kylie juga turut menjawab beberapa soalan mengenai anaknya Stormi Webster.

Kongsi Kylie anaknya itu kini semakin membesar dan sihat. Selain itu juga jelas Kylie kepada pengikutnya anaknya itu masih belum ketawa namun sering tersenyum.

Adik kepada Kim Kardashian ini melahirkan anak pertamanya pada 1 Februari lalu, meminta maaf kepada peminat kerana merahsiakan kisah kehamilannya.

Jelas Kylie , ini adalah masa untuk dia memastikan dirinya bersedia dengan tanggungjawab berat selain mahu pengalaman mengandung tidak dibayangi tekanan. - UTUSAN ONLINE