Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pengenalan kursus kemahiran Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang dikendalikan GIATMARA itu akan melibatkan peruntukan kira-kira RM40 juta.

“Kita tahu anak-anak di pusat tahfiz fokus menjadi penghafal al-Quran dan kita rasa mereka perlu diberi pendidikan lain supaya mereka ada pilihan (kerjaya) selepas keluar nanti.

“Jadi bermula tahun hadapan kita akan menawarkan kursus di setiap pusat tahfiz dikenalpasti berdasarkan kesesuaian pusat tahfiz berkenaan,” katanya.

Menurut Ismail Sabri, sebanyak 236 kursus dikenalpasti melibatkan kursus jangka panjang dan pendek seperti kursus teknologi motosikal, pendingin hawa, pendawaian dan sebagainya.

Beliau memberitahu sebanyak RM24.7 juta diperuntukkan untuk kursus jangka panjang manakala sebanyak RM15.3 juta melibatkan pelaksanaan kursus jangka pendek.