IDRIS JUSOH
IDRIS JUSOH

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, pihaknya sedang menjalankan penelitian lanjut terhadap rangka baharu kurikulum bidang itu yang akan melibatkan proses penyusunan semula.

“Rangka kurikulum baharu bidang kejuruteraan itu nanti dijangka lebih relevan dengan kehendak Revolusi Perindustrian Keempat atau Industri 4.0 yang berlaku di peringkat global kini.

“Saya akan berjumpa dengan dekan fakulti kejuruteraan setiap IPTA seluruh negara dalam masa terdekat bagi membincang dan menyusun semula silibus pengajian dalam bidang itu.

“Tempoh yang diperlukan selewat-lewatnya dua minggu untuk dibentangkan di Kabinet sejajar keperluan menceburi bidang baharu yang lebih hybrid atau semasa,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Makmal Besar Data Universti Teknologi Mara (UiTM) dan Pusat Kecemerlangan Kejuteraan Analitik di sini hari ini.

Dalam pada itu, Idris menjelaskan, kementerian akan meneruskan dasar keterbukaan dalam mendengar pandangan daripada pihak industri bagi memastikan kebolehpasaran graduan terus terjamin.

“Contohnya, seperti pelaksa­naan program 2U 2I yang bermaksud dua tahun di universiti dan dua tahun berada di industri. Pelaksana­an ini dilihat berkesan kerana ke­perluan industri sentiasa berubah.

“Malah, dalam usaha me­ngangkat potensi para graduan, kita kini bekerjasama dengan Mic­rosoft dan kumpulan Presta­riang dalam semua bidang supaya dapat melengkapi kemampuan mereka,” ujarnya.