Meskipun, Dr. Mahathir menjelaskan mahu membangunkan negara terlebih dahulu sebelum langkah tersebut diambil seperti memperkasakan bidang pembuatan supaya pekerja dapat berpindah dari sektor kerajaan ke sektor swasta, namun warganet terus mempersoalkan langkah tersebut.

Seorang warganet yang dikenali sebagai Muhdfauwaz Panzer meramalkkan bahawa kenyataan Dr. Mahathir adalah petanda awal rakyat akan menolak kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

“Komen atuk (Dr. Mahathir) adalah petanda awal PH bakal kehilangan banyak undi pada masa kini dan akan datang,” katanya.

Seorang lagi warganet, Ramlah Muhamad turut menyelar langkah kerajaan dengan mendakwa bahawa kerajaan PH adalah penipu dan diharapkan rakyat menolak pimpinan tersebut pada PRU akan datang. - UTUSAN ONLINE