Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Kurang peka punca warisan negara dilupakan

KUALA LUMPUR 24 Mac – Kurang kepekaan serta kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang kepentingan memulihara seni bina tradisional dikenal pasti punca utama warisan negara itu semakin dilupakan.

Ketua Pengarah Jabatan Warisan Ne­gara, Dr. Zainah Ibrahim berkata, sikap kurang peka itu jika dibiarkan berterusan akan memberi kesan yang tidak baik terhadap warisan dan tradisi Melayu.

Katanya, kerja-kerja pemuliharaan perlu dilakukan bagi mengekalkan kekukuhan bangunan lama serta bangunan yang telah diwartakan sebagai tapak warisan agar tidak terbiar begitu sahaja.

“Jabatan Warisan Negara telah dipertanggungjawabkan untuk menjalankan kerja-kerja pemuliharaan mengikut Akta 645, Akta Warisan Kebangsaan 2005 iaitu bagi meneruskan usaha untuk mengekal dan memulihara.

“Usaha ini mengambil kira kepentingan dari segi nilai sejarah warisan, usia serta fungsi dan bahan binaan yang digunakan. Fokus untuk pemuliharaan ini adalah menjaga, pelihara, membaik pulih dan kalau sesuatu bangunan itu telah roboh, kita akan bina semula,” katanya.

Zainah berkata demikian dalam sesi pertama pembentangan bertajuk Pengkajian dan Pelestarian Seni Bina Melayu: Signifikan, Isu dan Cabaran dalam Wacana Prakongres Budaya 2017 bertemakan Warisan Seni Rupa Bangsa di Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini hari ini.

Ahli-ahli pa­nel yang lain dalam sesi ber­kenaan ialah pensyarah Seni Bina Universiti UCSI, Prof. Dr. Mohd. Tajudin Mohd. Rasdi serta Konservator dan Pengarah NTQT Sdn. Bhd., Shaari Md. Saod.

Kata Zainah, usaha lain yang dilakukan bagi memulihara bangunan dan seni bina tradisional adalah dengan mewartakannya sebagai warisan dan warisan kebangsaan.

Jelasnya, sehingga kini sebanyak 454 objek ketara dan tidak ketara telah diwartakan sebagai warisan serta warisan kebangsaan sejak 2006.

Dalam pada itu Zainah berkata, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan sedang mengkaji semula Dasar Warisan Kebangsaan bagi menyelesaikan isu yang timbul berkenaan pemuliharaan bangunan lama.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain