Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Kuota haji: Hubungan 
baik jadi pertimbangan

KUALA LUMPUR 1 Mac – Keistimewaan hubungan yang sekian lama terjalin antara Malaysia dengan Arab Saudi menjadi antara pertimbangan utama mendorong kuota haji negara dikembalikan kepada 30,000 jemaah mulai tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, rangka lawatan rasmi selama empat hari Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud bersama 600 delegasi membuktikan hubungan yang akrab sentiasa menjadi keutamaan kepemimpinan kedua-dua negara.

Beliau berkata, selain memberi respons positif terhadap permintaan Malaysia supaya kuota haji sedia ada ditambah menjadi 30,000 jemaah tahun ini, kebenaran diberikan oleh baginda adalah satu pengiktirafan terbesar terhadap kewibawaan kerajaan serta keistimewaan bagi rakyat Malaysia.

“Kita amat bersyukur dan berterima kasih atas kemurahan baginda selaku Penjaga Dua Masjid Suci yang sentiasa memberikan keutamaan dan keistimewaan kepada Malaysia, berbanding negara serantau yang lain.

“Selain mengambil kira po­pu­lasi rakyat yang kini mencecah 30 juta orang sebagai pertimbangan bagi penambahan kuota haji tahun ini, sikap berbudi dan disiplin jemaah serta kredibiliti pengurusan haji Malaysia turut mendorong keputusan baginda,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Dalam pada itu, Jamil Khir turut menyarankan seluruh rakyat Malaysia bersama memelihara hubungan istimewa yang erat terjalin antara Malaysia dan Arab Saudi memandang­kan institusi diraja itu amat berpengaruh dan signifikan sebagai kiblat utama umat Islam di seluruh dunia.

“Keberadaan baginda bersama delegasi lawatannya bukan sahaja melambangkan hubu­ngan erat dan kukuh antara kedua-dua negara malah kepercayaan juga keyakinan diberikan kepada Malaysia adalah suatu yang amat istimewa dan dinantikan serta pastinya mengagumkan seluruh lapisan rakyat,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain