Setakat ini, kuota yang diperuntukkan kepada bukan bumiputera untuk institusi pengajian di bawah Mara adalah 10 peratus.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd. Harun berkata, pihaknya tidak akan berganjak dengan dasar yang telah lama terpateri demi memelihara kepentingan golongan bumiputera.

“Mara tetap dengan dasar sedia ada,” katanya selepas merasmikan U.n.i Klinik Sky Awani Residency, Sentul Perdana di sini hari ini.

Bercakap mengenai isu kouta bukan bumiputera ke Program Matrikulasi, Rina memberitahu, isu berkenaan akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet minggu ini.

“Perkara ini akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet. Kita tidak boleh mendahului Kabinet,“ katanya.-UTUSAN ONLINE