wife-rmps
 

Delegasi seramai 16 orang tersebut diketuai oleh Pengerusi Puspanita KPM yang juga isteri kepada Ketua Setiausaha KPM, Datin Seri Nor Azizah Sulaiman.

Turut serta, Pengerusi Puspanita Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang juga isteri kepada Ketua Pengarah DBP, Datin Roos Mohamed.

Rombongan tersebut berada di negeri Perlis selama tiga malam dalam program Mesra Puspanita dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Perlis.

Ketika di negeri ini, para peserta turut mengambil peluang mengambil bahagian di dalam pertandingan woodball, menyantuni rumah-rumah amal serta melawat beberapa destinasi pelancongan menarik seperti Pusat Kecemerlangan Harumanis Perlis di Bukit Bintang 1 Sungai Batu Pahat dan Gua Kelam.