Kemenangan itu menerusi berita Laporan Khas bertajuk ‘Jimat Tiga Jam Perjalanan’ yang dihasilkan pasukan Utusan Malaysia Biro Pahang.

Kejayaan berkenaan membolehkan mereka merangkul hadiah wang tunai RM5,000, trofi dan sijil penyertaaan.

Hadiah disampaikan oleh Timbalan Menteri Kerja Raya, Mohd. Anuar Tahir.

Laporan khas ‘Jimat Tiga Jam Perjalanan’ memaparkan sejarah kewujudan Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1), kepentingan, kesan dan usaha dilakukan Anih Berhad (Anih) selaku syarikat konsesi LPT bagi memastikannya dalam keadaan baik serta selamat digunakan.

AKLPT 2018 yang julung kali diadakan dianjurkan oleh Anih dengan sokongan Kementerian Kerja Raya.

Majlis itu diadakan sebagai penghargaan kepada pengamal media tempatan atas sumbangan mereka dalam menyebarluaskan maklumat dan agenda infrastruktur lebuh raya dengan tepat, intelektual dan seimbang kepada pembaca, khususnya dalam kalangan komuniti setempat dan pengguna LPT1. - UTUSAN ONLINE