Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Kumpulan Utusan anjur Utusan Business Awards 2015

Mohd. NOORDIN ABBAS (dua dari kiri),  Abdul Aziz Ishak (dua dari kanan), Othman Mohamad (kiri) dan S
MOHD. NOORDIN ABBAS (dua dari kiri), Abdul Aziz Ishak (dua dari kanan), Othman Mohamad (kiri) dan Shahul Hameed Dawood menunjukkan trofi Utusan Business Awards 2015 dalam majlis pelancarannya di Dewan Besar Utusan, Kuala Lumpur, semalam. – UTUSAN/FAUZI BAHARUDIN

KUALA LUMPUR 4 Feb. – Kumpulan Utusan buat julung kalinya me­nganjurkan Utusan Business Award atau Anugerah Bisnes Utusan 2015 bagi memberi pengiktirafan kepada pemain-pemain dalam sektor perniagaan di negara ini.

Pengarah Urusan Kumpulan Utusan, Datuk Mohd. Noordin Abbas berkata, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang juga Penaung Diraja anugerah tersebut berkenan mencemar duli ke anugerah tersebut yang akan berlangsung pada 1 Mac ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Katanya, sebagai institusi media yang telah wujud selama kira-kira 78 tahun di negara ini, sudah tiba masanya Kumpulan Utusan memberikan penghargaan kepada syarikat-syarikat yang banyak menyumbang kepada kemajuan ekonomi negara.

“Anugerah ini juga menunjukkan Kumpulan Utusan sentiasa menyokong pertumbuhan komuniti perniagaan di negara ini sekali gus meletakkan penanda aras bagi industri masing-masing,” katanya pada majlis pelancaran Utusan Business Awards 2015 di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak, timbalannya, Datuk Othman Mohamad dan Ketua Pegawai Eksekutif MyEvents International, Shahul Hameed Dawood.

Mohd. Noordin berkata, anugerah tersebut menampilkan 37 kategori dengan 25 kategori bagi mengiktiraf kecemerlangan industri, sembilan kategori kecemerlangan kepimpinan dan tiga kategori bagi pencapaian sepanjang hayat.

“Penganjuran Anugerah Bis­nes Utusan 2015 mendapat respons yang begitu memberangsangkan daripada syarikat-syarikat yang berminat dan telah menerima kira-kira 250 penyertaan dan acara ini bakal menjadi acara tahunan bagi Kumpulan Utusan,” katanya.

Menurutnya, penganugerahan kepada pemenang diukur berdasarkan kekukuhan pertumbuhan perniagaan dan pencapaian, serta aspek sokongan terhadap masyarakat dalam sektor ekonomi setempat dan proses penilaian dijalankan oleh para juri yang berpengalaman dan pakar dalam dunia perniagaan.

Anugerah tersebut disokong oleh akhbar Utusan Malaysia bersama Yayasan Utusan dan Utusan Studios, manakala McMillan Woods Global dilantik sebagai firma audit dan diuruskan oleh MyEvents International.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain