Mereka berlepas melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah, Arab Saudi ke tanah air pada 3.46 pagi waktu tempatan (9.46 pagi waktu Malaysia).

Ketibaan kumpulan pertama jemaah haji Malaysia bagi musim haji 1439H/2018M itu disambut Timbalan Pengarah Gerakan Operasi Haji Tanah Air, Mohd. Hisham Harun selain ahli keluarga dan saudara mara. - UTUSAN ONLINE