JAKARTA 9 Nov. - Kumpulan pemisah bersenjata dilaporkan telah menawan lima buah kampung di wilayah Papua serta mengancam untuk mengganggu operasi lombong tembaga gergasi Grasberg milik Freeport-McMoRan Inc.
Perintah darurat telah dikeluarkan dan sekitar 300 pasukan keselamatan tambahan telah dikerahkan ke kawasan perlombongan di utara wilayah berkenaan selepas insiden tembakan yang mengorbankan seorang anggota polis serta mencederakan enam orang pada 17 Ogos lalu.
“Mereka mahu mengganggu operasi Freeport. Freeport kaya tetapi mereka miskin, jadi mereka hanya mahukan keadilan,” kata jurucakap polis Papua, Suryadi Diaz. - REUTERS