Sebelum itu kesemua mereka yang seramai 135 orang terdiri daripada petugas perubatan, kebajikan dan media dilepaskan oleh Pengurus Besar Kanan (Haji) Tabung Haji, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya.

Sebaik sahaja tiba mereka dibawa ke Wisma Tabung Haji untuk diberi taklimat mengenai operasi haji oleh Timbalan Konsul Tabung Haji di Jeddah, Mohd. Zazawi Mostam.

Mereka turut diraikan dalam majlis makan malam oleh Konsul Haji Tabung Haji Malaysia di Jeddah, Datuk Redhuan Sabaruddin.


Video oleh ZULKIFLEE BAKAR

Kumpulan pertama petugas haji yang terdiri daripada kakita­ngan teknologi maklumat dan komunikasi seramai 14 orang telah berada di Arab Saudi sejak 23 Julai lalu.

Tabung Haji menyediakan 600 petugas bagi menjaga keselamatan dan kebajikan jemaah haji Malaysia.

Pada tahun ini seramai 22,320 jemaah haji Malaysia akan menunaikan rukun Islam tersebut yang mana kumpulan pertama dijangka berlepas dari tanah air pada 4 Ogos ini melalui penerbangan khas.

Bagi mengurangkan beban jemaah Malaysia menunaikan ibadah tersebut, Tabung Haji memperuntukkan subsidi sebanyak RM160 juta bagi mengekalkan kadar bayaran haji sebanyak RM9,980 tanpa kenaikan sejak 2009. – UTUSAN