Ketibaan kesemua 489 jemaah tersebut di hotel penginapan mereka di sini disambut Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman; Timbalannya, Nurrinanuwar Shamsuddin dan pengarah-pengarah operasi Lembaga Tabung Haji.

Sebelum itu, mereka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz, Jeddah pada pukul 9.20 pagi, sebelum dibawa ke Hotel Qasr Al-Janadriyah yang menjadi tempat penginapan.


Setakat hari ini, seramai 11,950 jemaah Malaysia sudah tiba di Tanah Suci dengan 6,855 jemaah berada di sini, manakala bakinya di Madinah. - UTUSAN ONLINE