Menurut kumpulan bantuan itu, etnik Rohingya masih melarikan diri ke negara jiran mereka dengan 502,000 orang direkodkan tiba ke negara itu ketika polis Bangladesh mengeshakan sebanyak 14 pelarian terbunuh selepas bot mereka karam dalam cuaca buruk.

“Kumpulan-kumpulan bantuan antarabangsa di Myanmar amat bimbang akan sekatan teruk ke atas akses kemanusiaan dan halangan penyampaian bantuan kemanusiaan yang sangat diperlukan di seluruh Rakhine,” kata kumpulan itu dalam satu kenyataan, semalam. - REUTERS