Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Nogeh Gumbek berkata, nilai import produk tenusu mencecah RM2.8 bilion setiap tahun dan kerajaan komited untuk menubuhkan lembaga tenusu dalam usaha merealisasikan hasrat berkenaan.

“Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) akan bertanggungjawab menjalankan kajian tentang kesesuaian cuaca, suhu serta keperluan infrastruktur dalam melaksanakan idea itu,” katanya.

Mesyuarat AFGC yang berlangsung selama dua hari itu melibatkan pertubuhan peladang dan koperasi dari sembilan buah negara seperti Jepun, India dan Vietnam. - UTUSAN ONLINE