RIZUWAN ISMAIL
RIZUWAN ISMAIL

Seperti yang dilakukan Rezuwan Ismail, 39, beliau akan memperuntukkan sebahagian daripada pendapatannya setiap bulan untuk membeli jam tangan jenama Casio G-Shock.

Sejak 2014, anak bongsu daripada empat beradik itu telah mengumpul lebih 120 utas jam tangan G-Shock sebagai koleksi peribadinya yang bernilai lebih RM200,000.

Menariknya, beliau lebih gemar menyimpan kesemua koleksinya berbanding di pakai setiap hari demi menjaga nilai estetika yang terdapat pada jam tersebut.

Jam tangan milik Rizuwan adalah paling banyak dalam pameran Malaysia G-Shock Megafest (MGM) 2017 yang diiktiraf sebagai pameran jam tangan terbanyak di Malaysia oleh Malaysia Book of Record (MBOR).

Ikuti video temubual Utusan Online bersama para pengumpul koleksi G-Shock dalam MGM yang berlangsung sejak semalam di 1M4U Sentral, Puchong. - UTUSAN ONLINE