Penyerahan tersebut disampaikan oleh Pengerusi Eksekutif syarikat itu, Ahmad Fauzi Ghazali kepada Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU) KUIPs, Prof Emeritus Datuk Dr. Hassan Said.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menyaksikan penyerahan itu yang diadakan bersempena Majlis Santapan Malam Apresiasi Kakitangan Dan Pengurniaan Watikah Lantikan LPU KUIPs 2018 di sebuah hotel.

Turut hadir ialah Timbalan Pengerusi LPU KUIPs, Prof. Emeritus Brig. Jen. Datuk Dr Ir. Kamarudin Hussin dan Rektor KUIPs, Prof Madya Dr. Mohd. Mizan Mohammad Aslam .

Di majlis yang sama baginda turut berkenan menerima persembahan sumbangan sebanyak RM10,000 bagi pihak Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis daripada Ahmad Fauzi.

Terdahulu Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merangkap Tuanku Canselor KUIPs turut berkenan menyempurnakan pra-pelancaran buku berjudul ‘Raja Berdaulat, Rakyat Berilmu’ yang akan diterbitkan okeh KUIPs tidak lama lagi.

Turut diadakan ialah penyerahan sijil-sijil penghargaan kepada dua orang bekas ahli LPU KUIPs iaitu bekas Pengarah Jabatan Pendidikan negeri, Dun Kasa dan Rektor Kolej Antarabangsa Teknologi & Profesional Malaysia (KATPM) Perlis, Datuk Dr. Hashim Ahmad. - UTUSAN ONLINE