Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof. Dr. Mohd. Azizuddin Mohd.Sani berkata, Bank Data juga dapat membantu menukar persepsi seseorang termasuk ideologi politik sekaligus memenangi hati serta jiwa mereka menerusi maklumat pengguna di media sosial.

Sehubungan itu katanya, kerajaan dibawah pimpinan Barisan Nasional (BN) perlu memiliki dan menguasai Bank Data demi kemenangan pada masa akan datang.

“Trend akan datang lebih melibatkan data maklumat dan sesiapa yang menguasainya akan menang. Di luar bandar, cara efektif mendekati pengundi adalah bersua muka tetapi perlu di ingat penggunaan media sosial juga perlu ada Maka sebab itu Bank Data ini penting.

“Inilah yang berlaku pada kemenangan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump sebelum ini.Oleh itu, kerajaan perlu mengambil langkah dengan lebih agresif selepas ini,” katanya ketika menghadiri Forum Media Dan Komunikasi Menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU -14) di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE