Pasukan yang dibarisi empat orang pendebat wanita itu berjaya menewaskan pasukan tuan rumah, UKM dan membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM3,000 bersama trofi dan piala pusingan.

Pendebat UPM yang turut membawa pulang anugerah Pendebat Terbaik Akhir, P. Pavithra berkata, beliau gembira kerana akhirnya berjaya menamatkan kariernya sebagai pendebat universiti dengan kemenangan yang sangat bermakna.

“Selepas empat tahun, akhirnya kami berjaya memenangi piala yang sangat berprestij ini.

“Saya secara peribadi sangat berpuas hati dengan kejayaan ini dan berterima kasih kepada semua pihak yang banyak membantu sejak awal hingga ke akhir pertandingan ini,” kata pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua itu ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Selain Pavithra, pasukan UPM turut dianggotai Rashidah Roseli, 23, Has Umierah Ibrahim, 22 dan Nur Izzati Suardi, 22. - UTUSAN ONLINE