Teo Kok Seong

Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosio­budaya Majlis Profesor Negara, Prof. Datuk Dr. Teo Kok Seong berkata, raja-raja Melayu yang ada pada hari ini bukannya sebuah perhiasan, tetapi sebenarnya berperanan besar dalam menyumbang kepada rakyat dan negara.

“Kedudukan raja tetap relevan pada masa kini yang mempunyai pe­ranan besar dalam menasihati rakyat dari pelbagai segi dan bukannya sebagai lambang simbolik semata-mata.

“Malah dengan ada­nya resolusi seperti In­stitusi Perundingan Di­raja dan tabung amanah akan memberikan le­bih banyak manfaat kepada negara sekali gus mendekatkan lagi hubungan dengan rakyat,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas Konvensyen Memperkukuhkan Pasak Negara: Ke Arah Wasiat Lebih Tersurat berlangsung semalam yang meru­muskan 11 resolusi termasuk menubuhkan Institusi Perundi­ngan Diraja dan Tabung Amanah Kebangsaan Majlis Raja-Raja.

Tambahnya, beliau berharap pihak kerajaan dapat memberikan lebih banyak kesedaran ter­hadap maksud rukun negara yang kedua iaitu kesetiaan kepada raja dan negara yang dilihat kurang difahami oleh segelintir masyarakat pada hari ini.

“Rukun Negara iaitu Kesetiaan Kepada Raja dan Negara dilihat kurang diterapkan dan hanya digunakan semasa perhimpunan dan melafazkan ikrar sahaja.

“Diharapkan lebih banyak pe­­n­g­i­sian dibuat oleh pihak kerajaan supaya masyarakat dapat memahami peranan dengan lebih jelas institusi raja di negara ini,” katanya.