Sebelum kejadian, kesemua pelajar serta guru sekolah terbabit difahamkan sedang meneruskan aktiviti pembelajaran seperti biasa sebelum menyedari asal tebal keluar daripada bangunan berkenaan kira-kira pukul 11 pagi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang, [email protected] Musa berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 11.06 pagi sebelum tiba ke lokasi kejadian kira-kira empat minit kemudian dengan sebuah jentera FRT serta lapan anggota termasuk pegawai.

“Semasa sampai di lokasi kejadian, kita dapati api telah pun marak dan memusnahkan bahagian bumbung dua bilik kuarters berkenaan yang berkeluasan 464.5 meter persegi. Jarak kebakaran kuarters guru itu dengan bangunan sekolah berhampiran hanyalah sejauh 60 meter.

“Kita mengambil masa kira-kira 10 minit untuk memadamkan kebakaran berkenaan. Bagaimanapun, tiada kecederaan atau kehilangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu,” katanya di sini hari ini.

Tambah Juyana, pihaknya dimaklumkan bahawa bangunan tersebut sebelum ini merupakan kuarters guru sekolah terbabit, namun ia kosong dan tidak lagi digunakan sehingga kini.

Pada masa sama, beliau turut memaklumkan bahawa pihaknya masih menyiasat punca sebenar kejadian tersebut termasuk mengenalpasti nilai kerugian akibat kejadian itu. - UTUSAN ONLINE.