Menurut Timbalan Ketua Eksekutif (Dasar dan Operasi) PTPTN, Mastura Mohd Khalid, pihaknya komited menjayakan hasrat itu melalui pelbagai inisiatif termasuk menganjurkan Hari Mesra Pelanggan yang kini diadakan se­rentak di semua 14 buah pejabat cawangan PTPTN di seluruh negara.

Beliau berkata, selain pene­rangan dan sesi perundingan de­ngan pelanggan, program itu turut dimeriahkan dengan beberapa aktiviti sesuai untuk seisi keluarga beserta de­ngan tawaran pelbagai hadiah menarik.

“Hari ini, pejabat PTPTN Se­langor menjadi penganjur program sambil pelbagai aktiviti se­perti pertandingan mewarna yang telah di­sertai 50 kanak-kanak selain acara cabutan hadiah dianjurkan bagi memeriahkan lagi acara.

“Sambil itu, kami juga menye­diakan kaunter untuk ibu bapa mendapatkan penerangan ber­kenaan produk skim simpanan yang ditawarkan PTPTN sambil mereka berpeluang meraih pel­­bagai ganjaran hebat yang disediakan,” katanya.

Beliau berkata demikian keti­ka ditemui pada H­a­ri Mesra Pelanggan dan Majlis Pe­nyampaian Ha­diah Cabutan Wow! 20 Tahun PTPTN Bulan Oktober 2017 di Bandar Kinrara, Puchong sini hari ini.
Ha­dir sama, Pengurus Besar Ka­nan PTPTN, Abdul Ghaffar Yusop.

Sementara itu, jelas Mastura, PTPTN akan terus me­laksanakan kempen dan promosi bagi menarik orang ramai menabung dalam dua akaun simpanan ditawarkan iaitu Skim Simpanan Pedidikan Nasional (SSPN-i dan SSPN-i Plus).

Menurutnya, berdasarkan data terkini, sehingga bulan November 2017, terdapat kira-kira 5.9 juta pe­langgan berdaftar dengan PTPTN yang merangkumi 2.8 juta orang peminjam dan 3.1 juta pendeposit akaun SSPN-i dan SSPN-i Plus.

Kesemua mereka bukan sahaja la­yak menikmati pelepasan taksiran cukai sehingga RM12,000 setahun iaitu RM6,000 ke atas jumlah simpanan bersih bagi akaun SSPN-i Plus dan tambahan sebanyak RM6,000 lagi bagi sumbangan takaful yang dibayar kepada pe­ngendali takaful di bawah kategori pelepasan bagi insurans nyawa dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

"Selain dua skim simpanan tersebut, PTPTN turut mempromosikan Program Sahabat PTPTN sebagai galakan kepada kakita­ngan melaksanakan bayaran balik pembiayaan PTPTN dan penabu­ngan deposit SSPN-i dan SSPN-i Plus melalui potongan gaji di samping menjana pendapatan sampingan kepada Sahabat PTPTN.

“Hasil pelaksanaannya, me­nyak­sikan sejumlah 1,700 ja­batan, agensi dan syarikat telah berdaftar dengan PTPTN. Bagi 2017, kami juga telah mem­beri­kan RM410,000 komisen ke­­pada peserta terbaik atau ter­­­tinggi mencarum dalam ke­dua-dua skim simpanan yang ka­­mi tawarkan,” ujarnya.
 Pada majlis itu, sebanyak RM75,308 komisen Sahabat PTPTN diberikan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Ja­ba­tan Kesihatan Negeri Selangor dan Uni­versiti Teknologi MARA selain RM209,440 diraih Jabatan Pendidikan Selangor hasil Insentif Khas Sahabat PTPTN.

Dalam pada itu, bagi bulan Oktober 2017, Ca­butan Wow! 20 Tahun PTPTN telah dimenangi oleh Azlifah Ismail, 38, dan anaknya Airis Sofea, 7, hasil simpanan yang telah di­la­kukan sejak empat tahun lalu.

Kemenangan tersebut mem­bolehkan mereka membawa pu­lang hadiah wang tunai RM10,000.

Menurut Azlifah, kemena­ngan nya itu sesuatu yang tidak pernah diduga kerana tabungannya itu semata-mata demi menjamin kelangsungan pendidikan anaknya.

Namun begitu, tambahnya, dengan ganjaran wang tunai yang dimenangi hasil komitmen tabungan melalui SSPN-i itu, pasti menjadi rangsangan positif bagi mereka sekeluarga untuk terus memilih simpanan yang disediakan oleh PTPTN itu.

“Skim simpanan ditawarkan PTPTN iaitu SSPN-i dan SSPN-i Plus ternyata memberi banyak manfaat kepada ibu bapa.

“Selain menerima ha­diah wang tunai bulanan, pendeposit ke­dua-dua skim turut menikmati pelepasan taksiran cukai RM6,000 setahun untuk satu akaun," kata­nya.

Azlifah ditemani suami, Mohd. Rais Udin, 47, menerima hadiah kemenangan yang disampaikan oleh Mastura.