Ketua Setiausaha, Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Tan Sri Dr. Sharifah Zarah Syed Ahmad berkata, hal ini kerana kerajaan telah menggunakan kaedah terbaik dalam memberikan rawatan kepada pesakit kanser di negara ini khususnya.

“Kalau kita lihat hari ini, kaedah merawat pesakit kanser jauh lebih baik berbanding zaman dahulu. Menurut doktor di sini, contohnya, sel-sel kanser yang dikenal pasti tidak dimusnahkan secara keseluruhannya.

“Sebaliknya, kita menggunakan kaedah ‘sasaran mikro’ iaitu membunuh sel yang rosak dan bermasalah sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menziarah pesakit kanser anjuran bersama Yayasan Kasih Kanser dan Kronik Orang Kota Bharu (YKK OKB) di Hospital Raja Perempuan Zainab II, di sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Anggota Majlis Pemikir dan Pemandu Persatuan Orang Kota Bharu (POKB), Prof. Datuk Abdul Aziz Abdul Latiff; Ketua Pegawai Eksekutif YKK OKB, Mohamed Afandi Hassan dan Ketua UMNO Bahagian Pengkalan Chepa, Datuk Zaluzi Sulaiman. - UTUSAN ONLINE