Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Roslee Daud berkata, sasaran itu bergantung kepada keputusan pemeriksaan yang dijalankan oleh pihak Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta (CKAPS).


“Permohonan daripada KTS kepada CKAPS telah dibuat pada 21 Jun lalu,” ujarnya dalam sidang Dewan Undangan Negeri di sini hari ini ketika menjawab soalan lisan yang dikemukakan oleh Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (Pas-Batu Burok).


 Roslee tidak menjelaskan puncanya namun tidak menafikan tanggapan Syed Azman bahawa ia berkaitan dengan masalah mendapan dan kulat.


 Syed Azman sebelum itu memberi gambaran bahawa masalah yang dihadapi tidak memungkinkan KTS yang dibangunkan dengan kos yang besar itu beroperasi.


 Projek oleh syarikat berkaitan kerajaan, TDM Bhd itu yang mula dibina pad tahun 2012 sudah beberapa kali disasarkan pembukaannya, termasuk menjelang Oktober tahun lalu.


“Oleh kerana beberapa masalah yang kita telah kenal pasti, kita membuat beberapa penangguhan,
dan kerajaan negeri akan cuba menyelesaikannya dengan sedaya upaya pada kadar segera,” ujar Ir. Rosli.


 Roslee yakin dengan langkah penyelesaian yang sedang dibuat, KTS akan dapat beroperasi awal tahun hadapan bagi memberi perkhidmatan yang terbaik di sektor kesihatan dan perubatan negeri .- UTUSAN ONLINE