KTMB dalam kenyataan berkata, perkhidmatan itu dijadualkan beroperasi pada 1 sehingga 4 Februari dan 7 sehingga 10 Februari depan.

“Jualan tiket tren tambahan dibuka pada 14 Januari ini bermula pada pukul 8.30 pagi. Orang ramai boleh membeli tiket secara dalam talian melalui laman sesawang rasmi KTMB Berhad, aplikasi telefon pintar (KTM MobTicket) dan di kaunter tiket KTMB.

“Maklumat lanjut dan jadual waktu perkhidmatan tambahan ETS itu boleh dirujuk di www.ktmb.com.my atau menghubungi Pusat panggilan KTMB di 03-22671200,” katanya di sini hari ini.

Menurut KTMB, inisiatif itu diambil bagi memenuhi permintaan penumpang dan memberi khidmat pengangkutan kepada orang ramai yang akan meraikan sambutan Tahun Baharu Cina serta bercuti bersama keluarga di kampung halaman masing-masing. - UTUSAN ONLINE