Latihan Pelan Tindakan Kecemasan Terowong Ber­­­­­­­­kembar Bukit Berapit 2017 yang julung-ju­lung kali diadakan itu berlatar belakang situasi bumbung dan dinding di terowong itu runtuh, menyebabkan perkhidmatan tren elektrik (ETS) dari Buterworth, Pulau Pinang ke Kuala Lumpur yang membawa 53 penumpang ditimpa run­tuhan terowong.

Dalam latihan kira-kira pukul 10.15 pagi itu, dua ter­bunuh ter­masuk kapten ETS, 10 cedera parah ma­nakala 15 lagi cedera ringan.

Pengurus Besar Ja­ba­­­­tan Keselamatan, Ke­­­­­­­­­­­­­­­­­­­sihatan, Pe­kerjaan dan Persekitaran dan Pengurusan Risiko KT­MB, Raja Nahar Raja Yaacob (gambar kecil) berkata, selepas latihan itu, KTMB akan dapat memperbaiki se­­­gala ke­kurangan kerana setiap perkara yang dilakukan dalam latihan ter­sebut direkodkan.

Menurutnya, latihan tersebut juga antara lain bertujuan memas­tikan semua pihak bersedia meng­hadapi sebarang kemungkinan yang berlaku di terowong sepanjang tiga kilometer tersebut.

“Masih terdapat ruang untuk penambahbaikan terutama dari segi koordinasi melibatkan setiap unit yang terlibat, selain peranan sebenar mereka supaya semuanya tahu apa yang perlu dilakukan jika kejadian itu berlaku nanti.

“Kami akan lakukan post mor­tem bagi memastikan setiap ke­lemahan dapat ditambah baik demi keselamatan penumpang,” katanya dalam sidang akhbar selepas latihan tersebut.

Yang turut hadir, Ketua Baha­gian Pencegahan Jenayah dan Kese­lamatan Komuniti Kuala Kangsar, Asisten Superintenden Razak Sulaiman.

Latihan itu turut men­da­pat kerjasama Suruhanjaya Pe­ngang­kutan Awam Darat (SPAD), polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, hospital serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.