Beliau berkata, dakwaan tersebut mungkin berasas sehingga menyebabkan Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin mendedahkan perkara tersebut.

"Secara khususnya saya tidak dapat ulas perkara itu dan sudah tentunya pasukan risikan ada maklumat tertentu.

"Kalau tidak, Tun Daim pastinya tidak menyebut terdapat beberapa orang dalam perkhidmatan kerajaan yang membocorkan rahsia tersebut. Jadi biar pihak tertentu membuat siasatan lanjut," katanya dalam sesi Up and Close KSN bersama media, di sini hari ini.

Isnin lalu, Daim mendedahkan terdapat penjawat awam dan agensi penguatkuasaan yang masih menyalurkan maklumat sulit kepada ahli perniagaan itu sehingga menyebabkan dia terus berjaya mengelakkan diri daripada pihak berkuasa Malaysia. - UTUSAN ONLINE