HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN
HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN

Bagaimanapun Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, keputusan akhir mengenai negara mana yang akan menyertai pusat tersebut akan diputuskan oleh beliau dan Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohamad Salman selaku Pengerusi Bersama KSCIP setelah mengumpulkan pandangan-pandangan mengenainya.

“KSCIP menerima sambutan luar biasa dan ada permintaan dari Chi­na dan AS untuk turut serta bersama kita, tetapi keputusan mengenainya masih be­lum dibuat.

“Jika pusat ini lebih inklusif lebih baik, biar lembaga pemegang amanah­nya tidak ramai tetapi dari segi perkongsian kepakaran dan pengalaman kita per­lukan penyertaan banyak negara untuk melawan ideologi ke­ganasan,” katanya dalam sidang akhbar di bangunan Parlimen di sini hari ini.

KSCIP diilhamkan oleh Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdul Aziz Al-Saud semasa lawatan baginda ke negara ini yang bertujuan menangkis pengaruh ekstremis dan aktiviti keganasan serta mempromosikan keamanan sejagat.

Menurut Hishammuddin, ancaman Daesh kini menjadi masalah global, malah negara-negara seperti AS, Perancis dan United Kingdom (UK) juga terpaksa berdepan dengan ancaman tersebut.

“Tidak ada mono­poli dalam penyelesaian kepada ancaman keganasan Daesh dan ia sukar untuk ditangani, malah mereka jauh berbeza daripada al-Qaeda, JI (Jemaah Islamiah) dan sebagainya yang pernah dunia hadapi.

“KSCIP akan menjadi pusat untuk kita menangani ancaman keganasan ini secara counter narrative dan pendekatan secara soft approach,” katanya.

Dalam pada itu Hishammuddin yang juga Menteri dengan Tugas-Tugas Khas berkata, laporan sebuah portal yang mendakwa beliau mahu lawatan Emir Qatar, Sheikh Tamim Hamad Al-Thani ke negara ini ditangguhkan merupakan laporan palsu yang tidak berasas.

“Ini merupakan cubaan untuk melaga-lagakan saya dengan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman.

“Pesanan saya kepada pihak berkenaan cuba jadi lebih krea­tif lagi, menjelang pilihan raya umum memang banyak cerita begini akan direka.

“Berita seperti ini bagaikan­ sampah, siapa saya untuk meng­halang kedatangan Emir Qatar ke Malaysia, kedatangan beliau me­rupakan satu perkara yang positif untuk negara,” katanya.