28 November 2018

Muhammad Adib dipindahkan dari HKL ke Institut Jantung Negara (IJN) pada 11.33 malam.

3 Disember 2018

Muhammad Adib memberi tindak balas kepada orang sekeliling walaupun masih tidak dapat bertutur.

5 Disember 2018

Muhammad Adib mendapat sistem sokongan kepada mesin Extracorporeal Membrane Oxygenation (ECMO) yang membantu fungsi paru-paru.

7 Disember 2018

Muhammad Adib mula tunjuk perkembangan positif walaupun masih kritikal dan stabil serta tidak bergantung kepada mesin sokongan jantung.

10 Disember 2018

Muhammad Adib memberikan respons dengan menulis pada papan putih untuk berkomunikasi.

11 Disember 2018

IJN memaklumkan Muhammad Adib tidak lagi memerlukan mesin ECMO untuk membantunya bernafas.

15 Disember 2018

Muhammad Adib terpaksa menggunakan semula mesin ECMO kira-kira pukul 9 malam selepas paru-parunya didapati mula mengeras.

17 Disember 2018

Muhammad Adib meninggal dunia pada pukul 9.41 malam.

18 Disember 2018

Jenazah Muhammad Adib selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Tebengau, Kuala Kedah kira-kira pukul 1.45 petang. - UTUSAN ONLINE