5.41 pagi - Bomba terima panggilan kebakaran.

6.20 pagi - Kerja menyelamat dan mencari mangsa dimulakan (tujuh mangsa ditemukan selamat).

6.43 pagi - Api berjaya dipadam sepenuhnya.

6.45 pagi - Anggota bomba menemukan kira-kira 10 mangsa rentung dalam keadaan berbaring.

7.00 pagi - Pencarian diteruskan dan menemukan beberapa lagi mayat mangsa.

7.20 pagi - Beberapa mayat mangsa ditemukan bertindih di tepi tingkap.
10.00 pagi - Keluarga mangsa dilihat tiba di Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN), Hospital Kuala Lumpur (HKL).

10.00 pagi - 12 mayat mangsa kebakaran dikeluarkan dan dibawa ke IPFN.

10.30 pagi - 12 jenazah tiba di IPFN bagi proses bedah siasat.
11.00 pagi - Kumpulan kedua mayat mangsa kebakaran dibawa ke IPFN.

11.45 pagi - Kumpulan kedua jenazah tiba di IPFN.
8.00 malam - Sebahagian keluarga mangsa dilihat mula meninggalkan IPFN.
9.00 malam - Unit forensik bomba masih menjalankan siasatan di lokasi kejadian bagi mengenal pasti punca kebakaran.