Pendakwa raya menyatakan kakak ipar Hsien Loong, seorang peguam korporat terkemuka, telah dirujuk kepada sebuah badan yang menyelia profesion peguam ke­rana kemungkinan melakukan salah laku profesional.

Jabatan Peguam Negara (AGC) memaklumkan, penglibatan Lee Suet Fern dalam penyediaan wasiat terakhir Kuan Yew menimbulkan konflik kepentingan kerana suaminya, Lee Hsien Yang adalah salah seorang penerima.

“Saham Hsien Yang di dalam wasiat terakhir itu meningkat,” jelas AGC dalam satu kenyataan.

AGC sudah beberapa kali me­minta Suet Fern menjelaskan kedudukannya sejak Oktober la­lu tetapi tidak menerima sebarang jawapan, yang mendorong jabatan itu merujuk perkara tersebut kepada badan peguam profesional untuk tindakan disiplin.

Lee Wei Ling dalam catatan di Facebook miliknya yang turut dikongsi Hsien Yang berkata, aduan AGC setebal 500 halaman itu adalah pengulangan dakwaan yang dibuat oleh Hsien Loong.

Beliau menyifatkan tindakan pendakwa raya sebagai ‘penggunaan undang-undang yang tidak pernah berlaku sebelum ini yang melibatkan kehendak peribadi’ dan ‘sepenuhnya tanpa merit’.

Kedua-dua adik-beradik Hsien Loong itu sebelum ini menuduh Hsien Loong menghalang tindakan merobohkan kediaman tersebut untuk memanfaatkan warisan Kuan Yew atas agenda politiknya sendiri.

Perkara itu mula reda apabila mereka bersepakat untuk menghentikan sebarang serangan di media sosial. – AFP