Tanpa mengira peringkat umur, mereka tampil dengan idea yang pelbagai, tetapi matlamatnya adalah sama iaitu untuk membangkitkan semangat patriotik dan rasa cinta kepada negara.

Sebahagian murid penuh bersemangat melaungkan Merdeka dan memakai
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti, Dr. Norlela Ariffin (tengah) dan Pengerusi Co-opbank Persatuan (CBP), Kamari Zaman Juhari bergambar bersama sebahagian guru dan murid Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Impian, Permatang Pauh selepas merasmikan  sambutan Hari Kebangsaan peringkat sekolah berkenaan di SK Seri Impian, Guar Perahu, hari ini. - UTUSAN ONLINE/AZMAN ASMAYATIM

Sudah tentu bahan utama yang digunakan dalam menzahirkan semangat kemerdekaan ini adalah Jalur Gemilang yang menjadi lambang kedaulatan Malaysia.

Bagi murid Sekolah Kebangaan (SK) Seri Impian, di sini mereka menggunakan kreativiti sendiri dengan menghiaskan basikal mereka dengan Jalur Gemilang bagi meraikan sambutan Hari Kebangsaan peringkat sekolah berkenaan di SK Seri Impian, Guar Perahu di sini. - UTUSAN ONLINE

Sebahagian murid penuh bersemangat melaungkan Merdeka dan memakai
Sebahagian murid penuh bersemangat melaungkan Merdeka dan memakai pakaian bercorak Jalur Gemilang pada sambutan Hari Kebangsaan peringkat sekolah berkenaan di SK Seri Impian, Guar Perahu hari ini. - UTUSAN ONLINE/AZMAN ASMAYATIM
Seramai 778 murid-murid Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Impian mebentuk
Seramai 778 murid-murid Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Impian mebentuk logo Hari Kebangsaan ke-61 yang bertemakan 'Sayangi Malaysiaku' sempena sambutan Hari Kebangsaan peringkat sekolah berkenaan di SK Seri Impian, Guar Perahu, Permatang Pauh  hari ini.Majlis itu anjuran bersama Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG, komuniti setempat dan Co-opbank Persatuan (CBP).  - UTUSAN ONLINE/AZMAN ASMAYATIM