Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, penambahbaikan yang akan dilakukan adalah sebagaimana dinyatakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada Julai lalu.


“Butiran lanjut mengenai penambahbaikan ini akan diumumkan dalam masa terdekat dan ini merupakan sebahagian daripada komitmen kami untuk menambah baik dan memberi perkhidmatan terbaik kepada orang awam,” katanya dalam satu kenyataan. - UTUSAN ONLINE