KR1M 2.0: Kerajaan bantu usahawan IKS jual produk
Datuk Seri Hamzah Zainudin

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, langkah itu boleh dilaksanakan menerusi kerjasama syarikat-syarikat peruncit yang terlibat dengan KR1M 2.0.

Menurut beliau, produk-produk IKS yang terlibat itu adalah produk berkualiti tinggi dan dapat dibekalkan secara konsisten.

“Walau bagaimanapun, perkara itu perlu dikaji dengan lebih teliti mengenai kaedah pelaksanaan dan tidak dilakukan secara tergesa-gesa kerana perlu mengambil kira faktor lain berkaitan seperti lokasi, pengangkutan dan pusat pengedaran,” katanya semasa sesi waktu pertanyaan menteri dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (BN-Tanah Merah) yang meminta kementerian itu menyatakan peluang yang boleh diberikan kepada IKS khususnya kepada usahawan bumiputera di luar bandar. – UTUSAN ONLINE